Berikut adalah hukum wanita yang mandi dari sisa air wuduk seorang lelaki. Dari

      Humaid Al-Humairi, beliau berkata yang bermaksud:

    

 “Saya berjumpa dengan seorang lelaki yang pernah menemani Rasulullah SAW selama empat tahun sama halnya dengan Abu Hurairah. Lelaki itu berkata, “Rasulullah SAW melarang seorang wanita mandi saki baki air yang digunakan oleh lelaki dan begitu juga sebaliknya”.

 

Dalam satu riwayat disebutkan, “ Hendaklah mereka mandi dengan menggunakan gayung (timba) secara bersama-sama”. (HR Abu Daud)

 

Dari riwayat Ibnu Abbas r.a disebutkan, “Sebahagian isteri Rasulullah biasa mandi dari satu baldi besar”. Kemudian Rasulullah datang untuk mandi atau mengambil air wuduk dari baldi itu. Melihat akan keadaan ini maka salah seorang dari isteri Nabi s.a.w berkata kepada beliau, “Aku terkena hadas besar (junub)”. Ketika itu Rasulullah berkata, “Air itu tidak hilang kesuciannya kerana terpaksa mandi orang junub”. (HR Malik)

Dari Uamar bin Thabit, dari Aisyah r.a, beliau berkata:”Ummu Sulaim datang berjumpa Rasulullah SAW kemudian berkata, “Kalau ada perempuan yang bermimpi, dan setelah bangun tidur dia melihat basah (kerana keluar air mani) apakah dia wajib mandi?” Tiba-tiba Aisyah r.a dengan berpakaian lengkap datang ke hadapan kami dan berkata, “Ummu Sulaim, dengan pertanyaan seperti ini bereti anda telah merendahkan martabat kaum wanita muslimah”. Ummu Sulaim menjawab, “Demi Allah saya tidak malu mencari kebenaran, demi Allah saya akan tetap menanyakan masalah ini”.Kemudian Aisyah berkata, “Kemudian aku mengadukan perkara ini kepada Rasulullah, dan mendengar itu Rasulullah memarahiku dan membuat aku terdiam.” Kemudian Rasulullah bertanya kepada Ummu Sulaim, “Apa tadi yang ingin engkau tanyakan?” Ummu Sulaim berkata begini…begini(seperti soalan di atas tadi). Mendengar soalannya itu Rasulullah berkata, “Kalau ada keluar air mani maka wajiblah mandi.” (HR Abu Daud,Tirmizi dan Malik).

Dari riwayat Zainab binti Ummi Salma, dari ibunya yang bernama Ummu Salamah, dia berkata bahawa Ummu Sulaim pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Allah tidak malu dengan suatu perkara yang benar, apakah wajib bagi seorang wanita mandi jika bermimpi?” Setelah mendengar pertanyaan tersebut, Rasulullah SAW menjawab, “ya, apabila keluar air mani.”

Allah mewajibkan mandi bagi orang yang keluar mani dan tidak wajib mandi bagi orang yang kencing, sekalipun keduanya keluar dari tempat yang sama. Kencing adalah lebihan daripada makanan atau minuman yang masuk ke dalam perut. Sedangkan mani itu terjadi daripada sari makanan dan terbentuk di seluruh bahagian badan.

Itulah sebabnya ketika mani keluar, seluruh badan turut  merasainya. Tidak seperti kencing yang tidak terasa apa-apa ketika mengeluarkannya. Orang yang baru bersetubuh atau mengeluarkan mani akan merasa lemah. Untuk mengembalikan kekuatan seperti biasa, mereka perlu mandi.

Tenaga yang hilang bererti sentiasa merasa lesu , malas bekerja dan malas beribadah. Patutlah Abu Dzar r.a pernah mengatakan, “Setelah aku mandi junub rasanya seperti membuang beban yang berat dari bahuku”.

Setelah mandi junub hilanglah perasaan malas dari badan. Mala situ sendiri sebenarnya beban yang amat berat. Itulah perlunya mandi setelah bersetubuh atau jimak. Orang yang tidur dalam keadaan bersih (tidak junub), maka rohnya naik kealam yang tinggi, mungkin sampai ke alam malakut, di sana roh melihat keajaiban ciptaan Allah.

Orang yang tidur dalam keadaan junub, rohnya tidak dapat melihat keajaiban itu. Taharah atau kesucian adalah syarat untuk bergaul bersama para malaikat yang suci.

Apa yang disebut bukan hanya berlaku pada lelaki, malah turut berlaku terhadap perempuan. Perempuan lebih banyak masa kotornya. Selain kotor kerana berjunub, mereka kotor pada waktu haid dan nifas.

Haid adalah darah yang keluar dari faraj semasa haid dan darah itu meliputi seluruh badan. Mandi setelah berhenti haid bertujuan untuk mengembalikan kekuatan badan yang hilang pada masa haid.

Ada lagi hikmah lain, iaitu berkaitan dengan kesihatan badan. Mandi bermaksud untuk menghilangkan bau yang kurang sedap,yang mungkin memudaratkan wanita yang haid atau suami yang akan menggaulinya setelah habis haidnya. Dengan mandi hilanglah segala kekotoran dan penyakit.

Firman Allah SWT:š

Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. “Darah haid itu suatu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhi diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka telah bersuci, maka datangilah mereka menurut jalan di perintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang banyak mensucikan diri”.    (Al-Baqarah:222)

Mandi setelah berhenti nifas mempunyai dua faedah atau hikmah, iaitu faedah hissiah dan ma`nawiah. Faedah hissiah atau yang zahir ialah untuk menghilangkan bau busuk darah yang keluar semasa melahirkan dan berterusan keluar selama empat puluh hari. Faedahnya yang ma`nawiah ialah sebagai tanda syukur kepada Allah yang melepaskannya dari bahaya maut semasa melahirkan.

Ada juga yang bertanya, “Kencing adalah najis dan ia keluar dari tempat keluarnya mani. Mengapa tidak wajib mandi bagi orang yang kencingseperti orang yang keluar mani?”

Ini adalah kasih sayang Allah kepada manusia. Allah tidak mewajibkan kita mandi setelah mengeluarkan cecair yang biasa keluar, bahkan kerap keluar. Berlainan dengan benda yang sesekali keluar, iaitu mani, maka kita diwajibkan mandi.

Cuba bayangkan seandainya kita diwajibkan setiap kali selesai kencing. Berapa kalikah kita mesti mandi setiap hari? Sesungguhnya agama Islam tidak memberatkan umatnya.
Hukum-hukum fiqh yang bersumberkan dari As-sunnah merupakan pelengkap bagi hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran, dan perlu diperjelaskan bahawa hukum-hukum fiqh bukanlah suatu wasiat (nasihat), sesuai dengan makna wasiat itu sendiri yang difahami oleh kebanyakan orang. Kerana pada hakikatnya, hukum itu bersifat perintah dan larangan. Namun ada pula hukum-hukum yang kedudukannya masih diperselisihkan. Oleh itu perlaksanaan jenis hukum yang satu ini bersifat mustahab (disukai).

Dari situ kita dapat lihat bahawa perlunya untuk menerangkan hukum yang bersifat perintah dan larangan, disamping hukum-hukum yang diperselisihkan tadi, semoga semuanya menjadi jelas dan semoga kita dapat memahami karakter atau sifat peribadi Rasulullah SAW sebagai seorang murabbi dan mu`alim sejati.

Definisi thaharah 

Makna dari At-thaharah itu sendiri adalah “suci”, termasuk kesucian jasmani dan rohani, serta menyucikan keduanya dari dosa dan noda (kesucian badan, pakaian, dan tempat dari kotoran yang dapat terlihat oleh mata serta pelbagai kotoran bumi lainnya).

1. Air sumur yang dijatuhi najis.
 Dimulai dengan pembahasan tentang hukum air sumur yang dijatuhi bekas kain pembalut haid dan beberapa najis lainnya.

“Dari Abu Said, katanya ada yang bertanya: “Ya Rasullullah, sesungguhnya kami pernah memberi tuan minum dari air sumur yang didalamnya ada terjatuh daging anjing, bekas pembalut haid, dan kotoran manuisa”. Mendengar yang demikian Rasulullah berkata: “Sesungguhnya air itu suci dan tidak bernajis sama sekali”.

Abu Daud berkata, “Saya pernah mendengar Qutaibah bin said berkata, “Aku pernah bertanya tentang kedalaman sumur bernajis tersebut”. Lalu Abu Daud bertanya, “Berapa ukuran banyaknya air dalam sumur yang bernajis itu?” Qutaibah menjawab, “Setinggi pinggang”.

Kemudian aku bertanya kembali, “Berapa ukuran sedikitnya?” Dia menjawab, Jika tinggi airnya ialah tidak sampai pada posisi aurat.” Abu Daud berkata , “Aku mengukur sumur bernajis itu dengan serbanku, dengan cara memanjangkannya ke permukaan sumur itu, kemudian aku ukur dengan lenganku. Ternyata, lebar sumur bernajis itu mencapai enam hasta.”

Selanjutnya, aku bertanya kepada orang yang membukakanku pintun kebun, “Apakah bangunan sumur iru penah diubah dari bentuk asalnya?”
Si penjaga kebun menjawab, “Tidak pernah”. Ketika aku cuba melihat kedalam sumur itu, aku melihat warna airnya sudah berubah.”
Dalam kitab Husnul Uswah disebutkan, “permasalahan air merupakan perkara rumit yang menyulitkan para ulama fiqh ketika membahaskannya. Dan banyak yang membuatkan mereka keputusan idea untuk menerangkan akar permasalahannya yang bercabang-cabang”.

Oleh itu, kesimpulan dan pendapat yang paling kuat adalah kalau dilihat dari materinya. Air itu adalah suci lagi menyucikan, dan materinya ini tetap tidak berubah, kecuali jika bau, warna dan rasa airnya sudah berubah disebabkan oleh najis yang bercampur didalamnya. Perlu juga diingat bahawa zat selain dari najis tidak boleh bercampur atau mengubah air tersebut. Dan air juga tidak dapat berubah dari sifatnya yang lagi satu iaitu sifat air yang menyucikan, kecuali kalau terdapat sesuatu benda yang  membuatnya berubah dari definisi air mutlak (murni).

Untuk contoh atau persoalan ini tidak ada perbezaan antara air yang jumlahnya sedikit atau banyak, antara air yang ukurannya lebih dari dua kolah atau yang kurang dari itu. Antara air yang mengalir atau yang bertakung,atau antara yang musta`mal(sudah terpakai untuk bersuci) dengan yang belum musta`mal. Enam ciri-ciri/sifat air inilah yang paling kuat menurut mazhab-mazhab fiqh Islam.