Hukum-hukum fiqh yang bersumberkan dari As-sunnah merupakan pelengkap bagi hukum-hukum yang terdapat dalam Al-Quran, dan perlu diperjelaskan bahawa hukum-hukum fiqh bukanlah suatu wasiat (nasihat), sesuai dengan makna wasiat itu sendiri yang difahami oleh kebanyakan orang. Kerana pada hakikatnya, hukum itu bersifat perintah dan larangan. Namun ada pula hukum-hukum yang kedudukannya masih diperselisihkan. Oleh itu perlaksanaan jenis hukum yang satu ini bersifat mustahab (disukai).
Dari situ kita dapat lihat bahawa perlunya untuk menerangkan hukum yang bersifat perintah dan larangan, disamping hukum-hukum yang diperselisihkan tadi, semoga semuanya menjadi jelas dan semoga kita dapat memahami karakter atau sifat peribadi Rasulullah SAW sebagai seorang murabbi dan mu`alim sejati.
Definisi thaharah
Makna dari At-thaharah itu sendiri adalah “suci”, termasuk kesucian jasmani dan rohani, serta menyucikan keduanya dari dosa dan noda (kesucian badan, pakaian, dan tempat dari kotoran yang dapat terlihat oleh mata serta pelbagai kotoran bumi lainnya).
1. Air sumur yang dijatuhi najis.
Dimulai dengan pembahasan tentang hukum air sumur yang dijatuhi bekas kain pembalut haid dan beberapa najis lainnya.
“Dari Abu Said, katanya ada yang bertanya: “Ya Rasullullah, sesungguhnya kami pernah memberi tuan minum dari air sumur yang didalamnya ada terjatuh daging anjing, bekas pembalut haid, dan kotoran manuisa”. Mendengar yang demikian Rasulullah berkata: “Sesungguhnya air itu suci dan tidak bernajis sama sekali”.
Abu Daud berkata, “Saya pernah mendengar Qutaibah bin said berkata, “Aku pernah bertanya tentang kedalaman sumur bernajis tersebut”. Lalu Abu Daud bertanya, “Berapa ukuran banyaknya air dalam sumur yang bernajis itu?” Qutaibah menjawab, “Setinggi pinggang”.
Kemudian aku bertanya kembali, “Berapa ukuran sedikitnya?” Dia menjawab, Jika tinggi airnya ialah tidak sampai pada posisi aurat.” Abu Daud berkata , “Aku mengukur sumur bernajis itu dengan serbanku, dengan cara memanjangkannya ke permukaan sumur itu, kemudian aku ukur dengan lenganku. Ternyata, lebar sumur bernajis itu mencapai enam hasta.”
Selanjutnya, aku bertanya kepada orang yang membukakanku pintun kebun, “Apakah bangunan sumur iru penah diubah dari bentuk asalnya?”
Si penjaga kebun menjawab, “Tidak pernah”. Ketika aku cuba melihat kedalam sumur itu, aku melihat warna airnya sudah berubah.”
Dalam kitab Husnul Uswah disebutkan, “permasalahan air merupakan perkara rumit yang menyulitkan para ulama fiqh ketika membahaskannya. Dan banyak yang membuatkan mereka keputusan idea untuk menerangkan akar permasalahannya yang bercabang-cabang”.
Oleh itu, kesimpulan dan pendapat yang paling kuat adalah kalau dilihat dari materinya. Air itu adalah suci lagi menyucikan, dan materinya ini tetap tidak berubah, kecuali jika bau, warna dan rasa airnya sudah berubah disebabkan oleh najis yang bercampur didalamnya. Perlu juga diingat bahawa zat selain dari najis tidak boleh bercampur atau mengubah air tersebut. Dan air juga tidak dapat berubah dari sifatnya yang lagi satu iaitu sifat air yang menyucikan, kecuali kalau terdapat sesuatu benda yang membuatnya berubah dari definisi air mutlak (murni).
Untuk contoh atau persoalan ini tidak ada perbezaan antara air yang jumlahnya sedikit atau banyak, antara air yang ukurannya lebih dari dua kolah atau yang kurang dari itu. Antara air yang mengalir atau yang bertakung,atau antara yang musta`mal(sudah terpakai untuk bersuci) dengan yang belum musta`mal. Enam ciri-ciri/sifat air inilah yang paling kuat menurut mazhab-mazhab fiqh Islam.
0 comments:
Post a Comment